Akhir bulan lalu pihak polis mengumumkan bahawa mereka akan menguatkuasakan Akta Kanak-Kanak 2001 terhadap mana-mana ibu bapa yang didapati cuai hingga menyebabkan anak-anak mereka hilang atau diculik.
Mengikut peruntukan dalam akta itu, ibu bapa yang melakukan perbuatan aniaya, abai, cuai, buang atau mendedahkan kanak-kanak kepada kemungkinan kecederaan fizikal, mental dan emosi boleh didakwa di mahkamah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu, jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali
Seperti yang berlaku pada Sharlinie, dia diculik di lokasi yang jaraknya 200 meter dari tempat kediamannya. Adakah sekarang anak-anak kita sudah berada di zon bahaya apabila keluar 200 meter dari kawasan rumah? Apakah punca kawasan kejiranan sudah tidak lagi selamat?
Sekiranya ibu atau bapa sudah dipenjara atau dikenakan denda maka keluarga tersebut akan ditimpa dengan bebanan yang baru. Bagaimana pula nasib ahli keluarga yang masih perlu ditanggung?
AZMI AHMAD
Kuala Lumpur
This entry was posted
on Wednesday, May 21, 2008
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.

